Teka teki

Private collection of "Teka teki" from others Malaysian web sites.

1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara… . Binatang ape yang pemalas ????
Singa Jantan…pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka….

2) Kenapa Amerika takut kat Jepon….. dan Jepon pulak takut kat Amerika?????
Pasal Jepon ade Ultraman…. Amerika pulak kan ade Superman…? !

3) Dalam banyak banyak Pokok….Pokok ape yg paling tinggi ???
Pokok atas gunung ddahhhh….. ….

4) Kalau kamu pandai….Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah.Soalan :
<a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati…….
<b> Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang….
<c> Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta…….
Jawapan : (A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. …. (B) Astagh'firullah' hal'azimm. …… (C) Al'hamdulillah.

5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi 2 tingkat….kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek..tak sampai nak picit tingkat 10

6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie…Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie????????? Tak tahu ke???…..
Bangsa Melayu dahh….pasal boleh makan UBI KAYU… JAMBU BATU, PUCUK PAKU….BELIMBING BESI….IKAN SELAR PAPAN…BUAH KERAS…CILI API dan lain lain lagi…..betul tak???

7) Aper dia ….naik cepat….turun lambat….?? ????
hingus lahhh…….

8) Banyak banyak surat ……. surat ape yg tak perlu di jawab?????
Suratan takdir illahi lahh…(siapa yg nak surat seperti ini?)

9) Apasal baju Superman Ketat??????? ?
Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh..

10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ……….?? ??
JANGAN LAGI….bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali….Faham ?!?

11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Penunggang motosikal yang tak pakai helmet…sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet…maknanya kalau moto mereka terbalek…terbabas ke…masok bawah lori ke… kepala mereka takkan pecah……

12) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
Masukkan benang dalam jarum

13) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

14) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

15) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

16) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

17) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Semut yang matanya BENGKAK

18) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal……sebab dia pakai tongkat

19) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
Panjat pokok kelapa

20) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

21) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

22) Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

23) Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

24) Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

25) Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

26) Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

27) Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

28) 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

29) Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

30) Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

31) Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

32) Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

33) 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Pantun Teka-Teki

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
Jawapan 1 : Ayam

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Jawapan 2: Gasing

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan 3: Buah Melaka

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Jawapan 4 : Belon

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya
Jawapan 6 : Buah Melaka

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?
Jawapan 7 : Kilat

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jawapan 8: Jarum

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Jawapan 9: Tali Pinggang

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?
Jawapan 10: Buah Tangan

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia
Jawapan 11: Belimbing

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?
Jawapan 12: Ikan Pari

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?
Jawapan 13: Tangga

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?
Jawapan 14; Kelambu

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?
Jawapan 15: Gergaji

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?
Jawapan 16: Padi

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Jawapan 17: Ketam

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
Jawapan 18: Api

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Jawapan 19: Gigi

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
Jawapan 20: Umur

Soalan:

Ulat daun tidur berembun
Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?

Jawapan:

Banyak orang pergi ke dusun
Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan

—————————

Soalan:

Ada satu teka-teki
Pada tuan saya bilang bagi
Kalau tuan bijak sekali
Apa binatang tiada kaki?

Jawapan:

Jangan fikir aku budak-budak
Aku tahu kamu punya cabar
Di tengah padang terlengkak-lengkak
Yang tiada kaki binatang ular

———————————

Soalan:

Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?

Jawapan:

Bawa orang dari hulu
Cendawan bulat tepi paya
Kecil segan, besar tak malu
Itulah nama kuntum bunga.

Unless otherwise stated, the content of this page is licensed under Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 License